Tawar diskaun levi stadium bantu Kafa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Banyak pihak sebelum ini menganggap kerajaan negeri berdiam diri terhadap kemelut kewangan yang dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Bagaimanapun tidak ramai tahu kerajaan negeri menawarkan diskaun hutang atau levi penggunaan Stadium Sultan Muhammad IV berjumlah hampir RM1 juta.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, levi stadium itu ditawar diskaun dan hanya perlu dibayar sebanyak RM100,000 bagi membantu Kafa.

Namun katanya Kafa seperti tidak berminat untuk menerima tawaran tersebut yang ditetapkan sebelum ini.

“Sehingga sekarang kita tidak menerima sebarang hitam putih terhadap bantuan yang dipohon oleh persatuan tersebut,” katanya kepada HarakahDaily.

Sebelum ini dilaporkan Kafa meminta belas ihsan kerajaan negeri bagi membayar tunggakan gaji bekas pemain importnya, Casio Francisco De Jesus berjumlah lebih RM600,000. – HARAKAHDAILY 29/5/2020

- Advertisement -