Banjir kilat: Buat sawah di kediaman rakyat?

MUSIBAH ini adalah cerminan pembangunan rakus gara-gara mementingkan keuntungan dan memuaskan segelintir golongan. Macam-macam boleh jadi. Yang penting ada fulus. Nak lulus perlu fulus. Hang pa tak ada fulus… Mampus!

Adapun yang menghairankan ialah air taman-taman itu semua hantar pergi setempat. Pergi parit sebesar 3 kaki itu la. Tak kira taman hat Bandar Baru Air Puteh ke, taman di Kampung Permatang Pasir ke, Sungai Rusa, Air Putih ke. Semua tala pergi situ, mana la tak melimpah!

Advertisement

Ada beberapa persoalan yang bermain di benak ini:

(1) Apa syarat-syarat kelulusan taman-taman perumahan ini?
(2) Agensi mana terlibat dalam memberikan kelulusan?

Tak akan tak ambil kira air buangan? Kumbahan? Tak kira kadar aliran air? Parit-parit sedia ada itu masih relevan atau tidak? Tak akan unit perancang bandar atau pihak perbandaran tak reti kut!

20 tahun, yang ada, mai tengok. Tiap kali air naik, mai la randuk air, tujuk sana sini. Tangkap gambar dan beraksi.

Allah ciptakan muka bumi ini sungguh unik, tiap-tiap satu unit saling melengkapi alam ini. Hujan yang turun mengalir mengikut ketetapan Sunnatullah. Ada serapan ada aliran mengikut garis kontor permukaan bumi ini.

Fikirlah! Ubahlah! Cara bicara secara matang. Jangan jadi petualang. Pasai duit ditatang, untungnya orang. Yang alami ruginya watan sendiri.

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang – HARAKAHDAILY 22/5/2020