Rentas negeri, 3212 kenderaan diarah berpatah balik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cubaan untuk pulang ke kampung dengan tujuan menyambut Aidilfitri berjaya dihalang oleh Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) selepas 3,212 kenderaan terpaksa berpatah balik.

- Advertisement -

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata halangan dibuat dalam 216 operasi sekatan jalan raya merentas negeri.

Hasil pemantauan katanya, PDRM telah memeriksa 318,082 kenderaan.

Setakat ini katanya, PDRM bertindak tegas terhadap orang awam yang masih ingkar berbuat demikian.

Beliau menegaskan keperluan untuk pulang ke kampung hanya membabitkan dua perkara sama ada kematian dan asbab kecemasan.

Dalam pada itu, jelas beliau semalam seramai 44 individu telah ditahan polis atas kesalahan enggan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ujarnya, 40 individu telah dikenakan reman manakala empat lagi diberikan jaminan polis.

Dalam operasi pasukan Task Force pematuhan SOP semalam, katanya seramai 3,315 pasukan telah dikerahkan membabitkann seramai 18,864 anggota penguatkuasa.

Pemantauan terbabit melibatkan pemeriksaan ke atas 32,670 buah kenderaan persendirian, 2,369 kenderaan awam dan turut diperiksa 2,814 premis pasar awam.

Sebanyak 3,894 tempat ibadah, 1,546 tempat riadah dan 462 tapak binaan

“PDRM telah mengeluarkan kompaun kepada 51 individu di atas kesalahan melanggar SOP.

“Sekali lagi saya ingatkan bahawa setiap individu mestilah mematuhi SOP jika tidak maka mereka akan berhadapan dengan tindakan dari polis.

“Sama ada dikompaun, direman ataupun mungkin akan dihadapkan ke mahkamah di atas kesalahan ingkar kepatuhan PKP,” ujarnya dalam sidang media harian PKP di Putrajaya, hari ini. – HARAKAHDAILY 20/5/2020

- Advertisement -