PLAZA Tunku Yakkob terbengkalai selama 30 tahun kerana gagal disiapkan pembinaannya di bawah lima Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional (BN).
Bangunan itu seolah-olah rumah hantu dan mencacatkan keindahan Bandaraya Alor Setar.
Bagaimanapun hanya sepenggal PAS mentadbir Kedah pada 2008 bangunan itu berjaya disiapkan, hasil kecekapan pentadbiran Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.
Pengarah Pilihan Raya Muslimat PAS Kedah, Jamaliah Omar berkata, rakyat Kedah harus buka mata terhadap pembangunan yang dilaksanakan di Kedah semasa di bawah pentadbiran PAS.
Sedangkan katanya ia gagal disiapkan kerajaan BN sebelum itu. Plaza Tunku Yakkob sekarang dikenali Aman Central, sebuah pusat membeli belah baharu yang menjadi tumpuan di Bandar Raya Alor Setar.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang). – HARAKAHDAILY 10/1/2017
Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!
Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!