Perlis lulus 113 lagi tanah TOL kepada hak milik bergeran

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli mengumumkan kerajaan negeri meluluskan permohonan 113 lagi lot tanah Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada hal milik bergeran.

- Advertisement -

Kelulusan itu, katanya menjadikan lot tanah TOL berkenaan menjadi hak milik be rgerankepada pemohon berkenaan.

“Alhamdulillah hari ini kita luluskan 113 lot tanah TOL, kita bagi hak milik bergeran. Tanah di seluruh negeri Perlis dari Sanglang hingga ke Titi Tinggi,” katanya pada sidang media di Pejabat Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.

Menurut Shukri, permohonan masih dibuka kepada yang ingin memohon.

“Masih dibuka dan ada yang dalam proses kelulusan, masa kita masuk dulu ada dalam 20,000.

“Insya-Allah kita akan bagi lagi, tanah ini telah diusahakan oleh beberapa generasi sebelum ini,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 3/4/2024

- Advertisement -