
TEHRAN: Rejim Zionis Israel telah melancarkan serangan ke atas beberapa sasaran di dalam wilayah Iran.
Tentera pengganas rejim Zionis mendakwa bahawa Tentera Udaranya telah menyerang sasaran di Tehran dan barat Iran, menurut laporan terkini agensi berita Iran.
Beberapa sumber melaporkan serangan oleh rejim Zionis ke atas sasaran di Tehran, Isfahan, Tabriz dan beberapa tempat lain di barat Iran.
Selain itu, letupan juga telah kedengaran di Karaj, berhampiran Tehran.
Sementara laporan media Israel pula mendakwa rejim Zionis sedang bersedia untuk tindak balas segera daripada Iran.
Serangan udara itu menyusuli serangan peluru berpandu Iran yang sah ke atas wilayah yang dicerobohnya, yang dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan rejim Zionis padaAhad ke atas ibu kota Lubnan, Beirut. – HARAKAHDAILY 8/6/2026











