Tuntutan prinsip kemakmuran bukan rasis

- Advertisement -

HAK bersuara orang Melayu tersekat bukan atas akta bersuara tetapi verba massa, iaitu orang Melayu bersikap pasif dan membantai sama sendiri kerana berpecah pada warna politik kepartian. Orang Melayu juga tidak minat bersuara nasib bangsa sendiri kerana orang Melayu sendiri membantai terpaling Melayu dan Islam malah tidak sensitif apabila bangsanya dihina dan dicaci seolah satu puak Melayu boleh dihina oleh puak Melayu lain.

- Advertisement -

Minda dan perubahan pola hidup kerana perebutan harta dan kuasa berdasarkan sejarah lampau masalah Melayu dicipta bangsa sendiri. Melayu belajar sejarah tentang bangsa Melayu kuat dan megah seperti membina meriam dan kapal besar tetapi ianya tidak siap kerana rasuah. Kehebatan Melayu disinonim tamadun Mesir menjadi hebat kerana piramid Firaun tetapi tidak mungkin Mesir membina momen Firaun era digital.

Melayu tidak mungkin hebat hanya dengan slogan Madani tetapi di lapangan wujud keresahan dan kepincangan tadbir urus. Era Tun Razak membuka FELDA untuk kemajuan penduduk sebaliknya kini kemakmuran tergugat kerana ternakan babi jadi perdebatan di parlimen hanya memenuhi kehendak 22.4 peratus kaum Cina daripada 35 juta penduduk majoriti Islam sebanyak 63.5 peratus.

Melayu membaca kasus berdasarkan warna politik tetapi kuat beribadat namun hakikatnya Melayu berpecah-pecah, hingga abai sabda Rasullullah SAW tentang umat akan lemah apabila berpecah dan paling menyedihkan mereka mendukung Islam sebagai agama Persekutuan di bawah Fasal 3 tetapi sekumpulan di pihak musuh menentang Islam.

Sementara Rex Tan seorang wartawan portal berita Free Malaysia Today (FMT) bertanya soalan polisi apartheid Israel menyamakan dengan cara Melayu melayan Cina di Malaysia dalam ceramah awam “Gaza Exposes the Complicity of International Actors” di Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu yang menampilkan ahli politik veteran British, iaitu George Galloway merupakan pemimpin Parti Pekerja Britain.

Motif soalan menguji orang Melayu dan penyoal tiada kesedaran sebagai warganegara. Wartawan portal itu tidak diberi mandat mewakili kaum Cina tetapi terpalit port tersirat kaum yang tidak wajar bertanya soalan dalam majlis agak besar membawa asas meniup sentimen dan mengundang rasa marah pada orang Melayu apabila perkataan genosid dan apaan yang berlaku di Gaza sama dilakukan oleh orang Melayu kepada orang Cina di Malaysia.

Konteks kedua perhimpunan parti orang Melayu diletak babi dalam kandang suatu minda jahat kerana kumpulan babi pada perhimpunan orang Melayu dengan agama pemakan babi dilihat menyakitkan hati orang Melayu. Mereka minta maaf sama ada wartawan yang bertanya soalan genosid kepada ahli politik kanan United Kingdom dan letak gambar babi perhimpunan orang Melayu kedua-duanya sama warna kulit terarah karakter buruk.

Persoalan relevan pada khalayak bahawa Cina menduduki carta orang terkaya di Malaysia. Mereka tidak pernah dihalau tinggal negara meskipun tidak boleh berbahasa Melayu jauh sekali Melayu merampas hak orang Cina di Malaysia meskipun haknya tidak sah seperti menanam ‘durian’ di tanah awam selama puluhan tahun tanpa perlu membayar cukai dan tidak dikenakan tindakan malahan berani melawan pihak berkuasa yang cuba mengambil tanah milik kerajaan.

Dakwaan bangsa mereka dizalimi paling tertindas dan kononnya merekalah bangsa terpaling toleransi, paling harmoni dan paling sabar. Genosid ketika tolak ansur mendapat status kewarganegaraan, menguasai 70 peratus ekonomi negara membenarkan sekolah vernakular Cina dan membenarkan bahasa Mandarin di sekolah kaum, bahasa Cina di papan iklan di atas dan saiz besar daripada bahasa Kebangsaan.

Orang Cina membesar dan bersekolah di Malaysia dan faham perbezaan sejarah di antara negara China dan Malaysia. Hakikatnya mereka tidak bersyukur malah tamak sesuai peribahasa lama “beri betis nak paha” dan “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Malahan sering adu domba mendapat aset politik kaumnya seperti Nga Kor Ming pernah berkata Malaysia akan jadi negara Taliban jikalau kerjasama UMNO dan PAS berjaya membentuk kerajaan.

Prinsip harmoni tidak berlaku, apabila orang Melayu salah sebut perkataan dalam siaran radio khusus kepada Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmi, penyampai radio ERA didakwa mempersendakan ritual kavadi semasa perayaan Thaipusam. Mereka terpaksa memohon maaf di kuil Hindu di Batu Caves pada Mac 2025 atas video yang menyinggung sensitiviti kaum India dan agama Hindu dan tindakan mereka menyebabkan penggantungan tugas sementara. Manakala M. Kulasegaran yang menyatakan Melayu pendatang tetapi kemudian menafikannya lalu meminta maaf. Begitu juga P. Waythamoorthy yang memfitnah kononnya orang India di Malaysia dipaksa memeluk Islam tetapi beliau kembali insaf dan berada dalam rak entiti nasional namun catatan kekal berbusuk di kalbu watan organik.

Inilah kesan Melayu lemah apabila berpecah hingga hilang oasis dan mereka hanya mampu minta maaf. Apaan kebodohan atau kecerdikan dan kekuatan atau kelemahan berpunca oleh bangsa itu sendiri. Penduduk lokal yang “organik” memang patut marah atas isu binaan dan perkebunan komersial di tanah individu atau pihak lain, penternakan babi punca pencemaran alam dan bawaan virus berpenyakit dan pemandu mabuk adalah isu keselamatan pengguna jalan raya. Ianya bukan isu sensitif agama dan bangsa malah membantahnya tuntutan prinsip kemakmuran bukan rasis.

Oleh itu, kehidupan makmur hanya kembali pada rukun dan perlembagaan negara yang memberi hak pada warganegara dengan kapsyen menjunjung titah baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di parlimen bahawa “kalau ada yang tidak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia”.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 25/1/2026

- Advertisement -