Laporan Audit: MB cuba nafi status defisit kewangan

- Advertisement -

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang memandang serius tindakan YAB Menteri Besar Pahang yang cuba menafikan status defisit kewangan negeri yang berjumlah RM128.17 juta sebagaimana direkodkan secara jelas dalam Laporan Ketua Audit Negara.

- Advertisement -

Laporan Audit Negara bukan dokumen politik, tetapi merupakan laporan profesional yang disediakan berdasarkan prosedur dan standard audit yang ketat.

Akui sahaja defisit dan jelaskan perancangan kewangan dalam menguruskan defisit tersebut bukan mengalih isu dan menafikannya.

Maka, usaha menafikan dapatan tersebut hanya menimbulkan keraguan besar terhadap ketelusan dan integriti Ketua Audit Negara dalam mengemukakan laporan.

Lebih mengecewakan, kerajaan negeri turut mengembargo dokumen-dokumen audit sehingga ke hari terakhir Sidang Dewan Negeri.

Tindakan ini bukan sahaja janggal, malah amat mencurigakan kerana negeri-negeri lain mampu membentang dan membahas laporan audit secara terbuka dan lebih awal, selaras dengan semangat keluhuran demokrasi.

  1. Tindakan mengembargo dokumen: Tanda ketakutan, bukan ketelusan

Pemuda PAS Pahang melihat tindakan mengembargokan dokumen audit hingga ke saat akhir sebagai:

  • – Usaha mengawal naratif dan mengelak pendedahan kelemahan pengurusan kewangan negeri;
  • – Cubaan mengekang ADN Pembangkang daripada membuat penelitian menyeluruh ke atas angka sebenar yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara;
  • – Jika kedudukan kewangan negeri benar kukuh dan tidak defisit, mengapa dokumen audit perlu disorokkan hingga ke penghujung sidang?
  1. Penafian MB bertentangan Laporan Audit
  • – Penafian terbuka YAB MB terhadap angka defisit yang berjumlah RM128.17 juta yang dilaporkan Ketua Audit Negara bukan sahaja bercanggah dengan dapatan profesional, tetapi turut menimbulkan persoalan sama ada kerajaan negeri cuba menyampaikan gambaran yang tidak selari dengan apa yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.
  • – Laporan Audit Negara menjelaskan kedudukan fiskal negeri berdasarkan angka sebenar, bukan naratif politik. Justeru, penafian sedemikian hanya menjejaskan kredibiliti kerajaan negeri di mata rakyat.
  1. Menghadkan akses membangkang: Menyekat mekanisme semak & imbang
  • – Pembangkang bukan musuh kerajaan, tetapi sebahagian daripada struktur demokrasi. Namun apabila Pembangkang dilimitasikan akses kepada laporan audit;
  • – Fungsi semak dan imbang menjadi lumpuh;
  • – Perbahasan dasar dalam Dewan kehilangan integriti dan ketelusan;
  • – Rakyat hilang hak untuk mengetahui gambaran sebenar pengurusan hasil negeri.
  • – Kerajaan yang yakin dan telus tidak akan takut kepada fakta atau dokumen rasmi.
  1. Pemuda desak 3 tindakan segera
  • – Kerajaan negeri membentangkan laporan audit tanpa sebarang sekatan pada sidang-sidang akan datang.
  • – YAB MB menjelaskan secara terbuka sebab-sebab penafian beliau yang tidak berlaku defisit itu bercanggah dengan dapatan audit rasmi.
  • – Menjamin akses penuh kepada ADN Pembangkang bagi memastikan proses demokrasi berjalan dengan adil dan telus.

Kesimpulan

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menegaskan bahawa isu ini bukan soal politik kepartian semata-mata, tetapi isu akauntabiliti, integriti dan kebertanggungjawaban pengurusan kewangan negeri.

Laporan Ketua Audit Negara adalah hak rakyat untuk mengetahui keadaan sebenar negeri bukan dokumen yang boleh disorok demi kepentingan politik sementara.

Pemuda PAS Pahang komited untuk terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang tegas, berprinsip dan berpaksikan kepentingan rakyat.

AHMAD AZLAN ABU BAKAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pahang – HARAKAHDAILY 14/12/2025

- Advertisement -