Rushdan sumbang lembu dan dana kepada masjid

Sempena 10 malam terakhir Ramadan

- Advertisement -

PADANG BESAR: Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi mengambil inisiatif murni dengan menumbangkan seekor lembu baka Hibrid Brahman dan dana tunai RM300 kepada 36 masjid di kawasan Parlimen Padang Besar.

- Advertisement -

Langkah ini ujarnya, bertujuan memeriahkan sambutan 10 malam terakhir Ramadan melalui penganjuran majlis iftar dan jamuan kepada ahli kariah.

“Walaupun berdepan ketiadaan peruntukan rasmi, situasi ini tidak menjadi halangan untuk terus berkhidmat kepada rakyat. Ketiadaan peruntukan bukan alasan untuk tidak bekerja demi kesejahteraan masyarakat.

“Inisiatif ini juga diharap dapat mengeratkan silaturahim dan memeriahkan lagi sambutan Ramadan di kalangan penduduk setempat,” katanya kepada _Harakahdaily_, di sini hari ini.

Terdahulu, Rushdan kerap menyuarakan keprihatinannya mengenai ketiadaan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang dalam sidang Dewan Rakyat.

Beliau menegaskan bahawa, walaupun tanpa peruntukan, tanggungjawab terhadap rakyat harus diutamakan.

“Inisiatif terbaharu ini membuktikan komitmen dalam memastikan kebajikan masyarakat terus terjaga, terutama dalam suasana Ramadan yang mulia ini,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 20/3/2025

- Advertisement -