Wartawan perlu gerak selari dengan teknologi semasa

- Advertisement -

KOTA BHARU: Wartawan di negeri ini diingatkan supaya menyesuaikan diri dengan teknologi semasa, pesan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri, Zamakhshari Muhamad.

- Advertisement -

Menurur beliau, dengan perkembangan teknologi yang cepat membangun kini, seharusnya wartawan perlu bergerak selari dengan teknologi tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra itu berkata demikin sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agong Kelab Media Kelantan Darulnaim (KEMUDI), di sini semalam.

“Wartawan perlu kompeten dan juga kena mengikuti perubahan teknologi terkini seperti Kecerdasan Buatan (AI). Teknologi AI ini walaupun ianya sebagai satu cabaran, namn jika tidak mengikutinya maka kita semakin tertinggal ke belakang,” ujarnya lagi.

Zamakhsari berkata lagi, peranan media sebagai membawa suara orang ramai perlulah bebas dari sebarang tekanan.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sentiasa menghargai peranan media terutamanya dalam menghebahkan kejayaan dan pelbagai porgram untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Tambahnya, kerajaan negeri mengangap rakan media di negeri ini sebagai rakan strategik yang penting terutama dalam menyampaikan berita kepada rakyat.

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan aluannya, Presiden KEMUDI, Yatimin Abdullah berkata, pengamal media massa arus perdana perlu bersaing dengan media sosial (medsos) dalam menyampaikan berita.

“Medsos hanya ingin menjadi penyampai yang pertama, namun mereka tidak memikir kesan dari laporan tersebut.

“Tetapi sebagai pengamal media arus perdana, adalah menjadi tanggung jawab kita untuk memastikan berita yang kita lapor memenuhi kriteri dan fakta yang tepat,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 1/3/2025

- Advertisement -