
DAHULU, sidang media harian dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan ketika negara dilanda krisis kesihatan wabak COVID-19.
Hari ini, dilaporkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) akan memperkenalkan sidang media harian PMO.
Boleh jadi negara sedang dilanda krisis kepercayaan terhadap pemimpin negara. Satu demi satu isu-isu kritikal muncul, belum ada penyelesaian:
1. Isu kehilangan beras putih tempatan;
2. Isu Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar;
3. isu campur tangan terhadap pengurusan logo halal;
4. isu garis panduan umat Islam menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam;
5. Isu penggunaan bahasa asing yang semakin meluas dalam papan tanda;
6. isu nyanyian lagu kebangsaan negara asing dalam majlis rasmi di dalam negara;
7. Isu penjualan saham oleh KWSP di dalam MAHB yang dikatakan merugikan;
8. Isu kontrak penyewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan urusan keselamatan negara;
9. Isu sorok titah adendum;
10. Isu penarikan subsidi diesel yang menyebabkan sebahagian harga barang naik;
11. Isu harga lantai padi yang membebankan pesawah;
12. Isu mekanisma penyaluran subsidi petrol yang belum diketahui kaedah sebenar bagaimana;
13. Isu definisi T15 atau T10 yang masih belum jelas;
14. Isu tuntutan-tuntutan rakyat supaya pemimpin kerajaan menyelesaikan segala janji-janji di dalam manifesto pilihan raya;
15. Serta banyak lagi isu-isu lain yang boleh disenaraikan sendiri oleh rakyat.
Semua isu-isu ini masih belum ada jawapan yang jelas sehingga hari ini. Inilah agaknya yang menyebabkan PMO terpaksa jawab sendiri semua isu melalui Sidang Media Harian.
Agaknya sidang media mingguan oleh jurucakap Kerajaan Madani YB Menteri Komunikasi tidak memadai. Isu banyak sangat sampai PMO sendiri terpaksa ambil alih tugas. Hari-hari kena jawab. Rakyat bukan nak tengok jawapan. Rakyat nak tengok penyelesaian!
USTAZ AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)
Ahli Parlimen Alor Setar – HARAKAHDAILY 1/3/2025











