Madani hanya cakap berdegar, tindakan tidak tegas

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Terengganu menuntut agar kerajaan supaya bersikap adil dan mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin yang tidak menjaga sensitiviti agama.

- Advertisement -

Pengerusi Majlis Politik Negeri GAMIS Terengganu, Muhammad Aiman Mohd Hafiz berkata, ketegasan itu mesti dizahirkan melalui tindakan yang tegas, bukan sekadar perkataan berdegar-degar tanpa disusuli tindakan setegas kata.

“Kerajaan tidak boleh pilih bulu dan berkompromi dalam hal ini. Sejak akhir-akhir ini, acapkali pemimpin bukan-Islam mencampuri urusan hal ehwal umat Islam. Dari isu halal hingga soal garis panduan muslim.

“Ini tidak lagi termasuk kontroversi pemimpin bukan-Islam yang antaranya mencadangkan Menteri Agama Bukan-Islam.

“Selain itu, mencadangkan lantikan orang bukan-Islam dalam Jawatankuasa Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam dan pengakuan sebagai ‘duta tuhan’,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, pada Khamis.

Oleh demikian, GAMIS Terengganu ingin mempersoal keseriusan dan ketegasan kerajaan dalam menjaga keharmonian agama Islam selari dengan prinsip Malaysia Madani.

“Kerajaan seolah-olah menutup sebelah mata dan menangani isu ini sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kita dapat lihat bagaimana kes-kes ini hanya berakhir dengan permohonan maaf atau sekadar disoal siasat semata-mata.

“Hasil kita dapat lihat mereka semakin berani mencampuri urusan umat Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/2/2025

- Advertisement -