Sarkastik iman tergugat: Harith Iskander dikecam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung menyelar tindakan pelawak, Harith Iskander bersifat ‘sarkastik’ terhadap isu sandwic ‘ham & cheese’ yang menyalahgunakan logo Halal.

- Advertisement -

Menurutnya, dalam isu di KK Mart di Universiti Malaya (UM) itu, perkara menjadi fokus adalah isu penyalahgunaan logo Halal di mana Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bahawa syarikat pembekal tersebut tiada sijil Halal.

“Negara kita ada undang-undang. Begitu juga JAKIM mempunyai garis panduan bagi permohonan sijil Halal. Jangan lupa bahawa sijil Halal JAKIM diiktiraf di seluruh dunia sebagai antara yang terbaik di dunia.

“Tidak perlulah saudara sarkastik kononnya iman saudara tergugat dan sebagainya. Jikalau ada individu yang saudara tidak berpuas hati dan serang, terus namakan individu tersebut, bukannya membuat lawak sarkastik begitu.

“Bukankah ia sesuatu yang bagus seseorang Muslim itu peka dengan halal dan haramnya? Sedarkah dengan ‘posting’ saudara yang kononnya orang lain telah kehilangan logik, saudara sendiri tidak logikal di situ,” tegurnya.

Firdaus Wong berkata demikian sebagai reaksi balas terhadap perkongsian yang dibuat oleh Harith Iskander di Facebook pelawak itu membabitkan isu sandwic ‘ham & cheese’ yang dijual dalam kampus UM.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana ‘posting’ berkenaan mendedahkan individu yang celupar seperti pemilik akaun Facebook Cecelia Yap Song KL.

“Saya sedar ramai peminat saudara mungkin dari kalangan belum Muslim tetapi perlu begitu ‘try hard’ untuk memenangi hati mereka sehingga le tahap ini?

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih di atas ‘posting’ saudara ini walaupun saya kurang bersetuju dengannya kerana dengan ‘posting’ saudara ini telah mendedahkan individu yang celupar seperti Cecelia.

“Adakah individu seperti Cecelia ini majoriti peminat saudara atau dia hanya minoriti? Adakah boleh umat Islam yang merasa marah dengan keceluparan Cecelia itu membuat kesimpulan bahawa orang yang meminati lawak saudara adalah orang yang celupar dan kurang ajar?

“Iman saya tidak tergugat dengan perkataan ‘ham’, ‘hot dog’ atau babi sekalipun sebagaimana tergugatnya segelintir individu yang tergugat dengan nombor 4, jawi, bahasa Melayu dan songkok serta Islam,” katanya.

Dalam pada itu beberapa netizen turut mengecam tindakan pelawak tersebut yang dianggap tidak sensitif terhadap agama Islam.

Netizen dikenali sebagai Fest Fir memberi komen bahawa beliau sedih bila ada level lawak seperti itu, manakala Kartini Tawang pula mengingatkan agar hati-hati bila terlalu banyak ketawa.

“Di alam sana kita tak tahu nasib kita. Gelak kena tibai kat malaikat dalam kubuq. Semoga kita semua sempat bertaubat sebelum mati,” peringatnya.

Seorang lagi netizen dikenali seagai Muhd Faez pula berkata, tidak perlu buat lawak untuk hal agama.

“Sorry bro… Kalau bab agama jangan nak buat lawak bro… Sumpah tak kelakar langsung… Kalau bro nak jadi liberal sangat tak payah nak ajak orang sama,” katanya.

Terkini, Polis Johor menerima tiga laporan berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam oleh pemilik akaun Facebook Cecelia Yap Song KL dan pelawak, Harith Iskander. – HARAKAHDAILY 21/1/2025

- Advertisement -