
KUALA LUMPUR: Pemegang saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) disyorkan tidak menjual saham milik mereka kepada konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA).
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tawaran RM11 sesaham langsung tidak setimpal dengan nilai sebenar MAHB yang mempunyai potensi besar dalam sektor penerbangan dan pelancongan.
“Pemegang saham MAHB, jangan jual saham anda kepada GDA! Tawaran RM11 sesaham langsung tak setimpal dengan nilai sebenar MAHB, yang mempunyai potensi besar dalam sektor penerbangan dan pelancongan.
“Bayangkan keuntungan jangka panjang yang dilepaskan jika anda terima tawaran ini. Mereka dah dua kali lanjutkan tarikh sebab belum cukup 90 peratus.
“Itu tanda mereka sangat terdesak. Kalau mereka dapat kawalan penuh, anda mungkin hilang suara dalam syarikat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ahmad Fadhli bahkan menegaskan, MAHB bukan sekadar syarikat biasa, tetapi ia aset negara yang patut dijaga bersama.
“Jangan jual murah-murah. Pegang saham anda, terus percaya pada masa depan yang lebih cerah!” serunya.
Baru-baru ini, lima pengarah bebas syarikat MAHB berkata dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia bahawa tawaran RM 11 sesaham adalah tidak adil dan tidak patut.
Mereka malah turut mengesyorkan supaya pemegang saham menolak tawaran itu.
Mereka percaya bahawa harga tawaran sebanyak RM11 itu lebih murah dan menunjukkan diskaun sebanyak RM1.61 hingga RM271, atau kira-kira 12.77 peratus hingga 1977 peratus.
Sedangkan berbanding nilai saham MAHB yang dianggarkan antara RM12.61 dan RM1,371 oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB). – HARAKAHDAILY 16/1/2025











