Syor harta banduan untuk nafkah keluarga 

Dato' Mumtaz Md Nawi
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pemegang amanah swasta merupakan individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan aset bagi pihak penerima manfaat (beneficiary).

- Advertisement -

Menurut Dato’ Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat), walaupun konsep itu wujud dalam kerangka syariah dan undang-undang sivil Malaysia, terdapat perbezaan ketara dari segi prinsip, pengurusan dan pelaksanaannya.

“Apakah mekanisme yang digunakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan pendidikan hak dan tanggungjawab kepada beneficiary, yang sepatutnya menjadi satu kefahaman tentang konsep pengurusan harta?” soalnya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemegang Amanah (Pindaan) 2024, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Mumtaz turut membangkitkan tentang pengurusan harta banduan di Malaysia yang kini melebihi 45,000 orang.

“Bagaimanakah pengurusan harta yang melibatkan banduan kerana hari ini jumlah banduan sangat ramai.

“Maka ia tentunya membabitkan ramai kanak-kanak dan keluarga mereka sebagai beneficiary wali nafkah,” katanya.

Beliau mencadangkan satu perintah mahkamah diwujudkan di bawah undang-undang khusus, yang memastikan harta banduan digunakan bagi tujuan nafkah anak-anak.

“Kita boleh cadangkan kepada pihak kerajaan supaya menggubal satu undang-undang bagi memastikan bahawa harta yang dimiliki oleh banduan ini sebagai pendakwa nafkah mesti dibuat secara perintah oleh mahkamah supaya mereka ini boleh memberikan nafkah kepada anak mereka sebagaimana Seksyen 36 (1) dalam Akta Ibu yang bahawa dalam kes ini kita lihat untuk kes orang Islam mereka letak Amanah Raya. Manakala bagi bukan Islam, ia boleh diletakkan dalam akaun Amanah.

“Kita lihat banyak kes yang tertunggak merupakan amanah kepada kanak-kanak ini dan nafkah ini kerana bapa mereka ataupun penanggung nafkah diberi gaji bulanan,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/12/2024

- Advertisement -