Pindaan RUU Komunikasi dan Multimedia dikhuatiri salah guna kuasa

Wan Hassan Mohd Ramli
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Peruntukan kuasa tambahan kepada menteri di bawah Seksyen 18 yang dipinda telah mencetuskan kebimbangan berhubung kuasa menteri dalam memberi arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk keperluan pendaftaran arahan tersebut.

- Advertisement -

Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) menyuarakan kebimbangan mengenai potensi menyalahgunakan kuasa yang mungkin berlaku dengan pindaan tersebut.

“Apakah jaminan yang ada bahawa kuasa ini tidak akan disalah gunakan untuk kepentingan tertentu terutamanya dalam isu sensitif seperti kebebasan media dan akses kepada maklumat,” soalnya.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Hassan turut bertanyakan mengenai keberkesanan Pindaan Seksyen 20 Akta Komunikasi dan Multimedia memperkenalkan pengasingan peranan pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SKMM.

“Adakah Kerajaan telah melakukan kajian terperinci tentang impak pengasingan ini terhadap keberkesanan SKMM.

“Bagaimana langkah ini dapat memastikan kelancaran operasi memandangkan sebelum ini peranan tersebut dilakukan yang telah disatukan untuk penyelarasan dan keselarasan kepimpinan,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/12/2024

- Advertisement -