‘Kami bukan menentang Malaysia sertai BRICS’

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Kami di pihak pembangkang bukan menentang komitmen kerajaan Malaysia dalam menyertai pertubuhan BRICS,” kata Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).

- Advertisement -

Menurut beliau, penyertaan negara ini dalam pertubuhan tersebut tidak dimaklumkan dan dibentangkan dalam Parlimen secara jelas yang mana perkara tersebut perlu dilumatkan terlebih dahulu.

Tambah beliau, perlu diketahui bahawa negara-negara seperti China, Rusia dan India mempunyai kuasa besar dari segi ekonomi dan mempunyai agenda tersendiri.

“Jadi, bagaimana Malaysia memposisikan diri dalam pertubuhan tersebut tetapi pada masa yang sama tidak ingin dilihat sebagai anti blok pertubuhan lain?” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa negara Malaysia masih tidak diterima sepenuhnya oleh pihak BRICS.

“Tetapi jika nanti diterima sebagai ahli penuh pertubuhan tersebut maka kita akan membawa ke Parlimen bagi membincangkan perkara ini kerana ianya merupakan satu keputusan yang besar,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/11/2024

- Advertisement -