MB turun padang bertukar pandangan bersama rakyat

- Advertisement -

PADANG BESAR: Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli ikrar akan memberi komitmen turun ke lapangan menemui rakyat di seluruh Perlis.

- Advertisement -

Perkara itu, katanya akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada program Ziarah Mahabbah bersama penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Santan, malam semalam. (Foto atas)

“”Alhamdulillah, dimudahkan dan dikurniakan rezeki kelapangan malam ini bersama penduduk dan rakyat sekitar Dun Santan.

“Walaupun saya sibuk dengan pelbagai program, tetapi bersama dengan rakyat seperti ini sangat memberikan kesan mendalam kepada saya kerana dapat menyelami hati mendengar pandangan untuk kebaikan bersama,” katanya.

Tambah Shukri,  kritikan, idea, dan pandangan rakyat akan dibawa perbincangan ke peringkat selanjutnya demi mencapai kesejahteraan bersama.

Justeru, ujarnya, beliau akan terus mendekati rakyat di seluruh negeri secara berperingkat untuk bertukar pandangan demi kebaikan negeri ini.

“Terima kasih warga Santan dan seluruh urus setia yang bertungkus lumus menjayakan pertemuan sebegini.

“Segala kritikan, idea dan pandangan akan diambil dan dibawa ke perbincangan pada peringkat selanjutnya demi memastikan rakyat negeri ini dapat mencapai kesejahteraan secara bersama,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 17/1/2024

- Advertisement -