Masjid dapat tangki air untuk manfaat penduduk

- Advertisement -

SEMPORNA: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Boneka Halail, gembira dan berterima kasih setelah menerima sumbangan tangki air Masjid Kampung Pulau Omadal.

- Advertisement -

Menurutnya, sumbangan itu sangat berguna dan menjadi keperluan masyarakat kampung kerana dapat memudahkan mereka membersihkan diri dan solat di masjid.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi kebajikan kali ini,” katanya kepada Harakahdaily di sini, semalam.

Selain penyerahan sumbangan, PAS Semporna bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Ikhtiar Ihsan Care, Persatuan Ulamak Malaysia dan Semporna Sejahtera turut bergotong-royong membersihkan masjid sambil menyantuni masyarakat setempat.

Turut hadir Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Muhammad Huzaini Rohani dan Ketua Muslimat PAS kawasan, Afiqah Adam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Semporna Razis Asparin berkata, misi kebajikan tersebut adalah susulan daripada program bakul makanan pada bulan September lalu bersama Pengerusi Ikhtiar Ihsan Care dan Ketua Lajnah Kebajikan Persatuan Ulama Malaysia, Mohd Fakaruddeen Che Omar.

“Saya mengharapkan agar sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk penduduk kampung dan bersama-sama menjaganya agar dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 11/12/2023

- Advertisement -