Masalah NRW jejas bekalan air pengguna

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Masalah air tidak terhasil (NRW) perlu ditangani kerana menyebabkan air tidak sampai kepada pengguna di beberapa kawasan, kata Dato’ Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu).

“NRW menyebabkan air tidak sampai kepada pengguna…paip air bocor kini amat besar, iaitu kira-kira 48 peratus, meter air tak berfungsi, kecurian air dan sebagainya.

- Advertisement -

“Statistik semasa untuk negara ialah 37.2 peratus…ertinya setiap kali kita proses 100 juta liter sehari, kita hanya dapat 50 juta sahaja bayangkan…negeri-negeri yang mempunyai NRW tinggi ialah Kedah, Kelantan, Perlis, Pahang dan Sabah.

“Tadi Timbalan Menteri sebut tentang pendekatan kedua untuk Selangor, tetapi untuk Kedah, saya rasa belum mencukupi,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan pada Sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Ku Abd Rahman menyarankan kepada kerajaan supaya menukar paip bawah tanah yang telah lama , iaitu sejak sebelum kemerdekaan lagi.

Sementara itu Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, Kerajaan Pusat akan membiayai 50 atau 75 peratus daripada perbelanjaan tahunan bagi kerja-kerja yang dilaksanakan untuk menurunkan kadar NRW. – HARAKAHDAILY 25/10/2023

- Advertisement -