Gelombang PN akan berterusan di Johor

- Advertisement -

KUANTAN: Timbalan Presiden PAS melihat maklum balas rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram dan Parlimen Pulai sangat positif terhadap kempen PERIKATAN NASIONAL (PN) sepanjang pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan.

- Advertisement -

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini berdasarkan analisisnya selepas turun padang berkempen beberapa kali di situ.

“Saya dapati pengundi sedia membuat perubahan dan kita harapkan gelombang yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini turut melanda Johor.

“Kita yakin perkara itu berlaku hasil pemantauan kita. Saya juga ada satu dua point besar pada 7 September ini, kita ada Grand Finale di Simpang Jeram dam 8 September di Pulai,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-2 Dewan Negeri Pahang Ke-15 di sini, hari ini.

Namun Tuan Ibrahim mengakui bahawa persaingan agak sengit di kedua-dua kawasan walaupun kecenderungan itu mungkin lebih di Dun Simpang Jeram kerana fokus hanya satu Dun, berbanding di Parlimen Pulai yang mempunyai tiga Dun.

Kedua, katanya kerana jumlah pengundi di Pulai dengan demografi pengundi yang hampir sama antara Melayu dan Cina serta sedikit India sedikit menyebabkan persaingan di Pulai agak mencabar. – HARAKAHDAILY 5/9/2023

- Advertisement -