Nahas pesawat: Pandangan awal Dr Ahmad Samsuri

Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sekadar memberi pandangan awal berhubung kejadian nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, petang semalam.

- Advertisement -

Katanya, ramai yang bertanya kepada beliau mengenai kemungkinan nahas berkenaan.

“Seperti orang lain juga, kita belum pasti,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Menurut penganalisis kejuruteraan aeroangkasa itu, beliau pula hanyalah seorang yang tahu sedikit-sedikit sahaja mengenai pesawat.

“Ilmu pula lama berkarat dalam diri, kerana lama tidak meninjau bidang yang kompleks dan cepat berubah ini,” tambahnya yang juga Adun Ru Rendang.

Berikut ialah petikan tulisan beliau.

Masih banyak maklumat yang diperlukan untuk menentukan punca kemalangan yang berlaku: crash site investigation, parts and debris micro and macro inspection, flight black box analysis, MRO analysis (maintenance, repair & overhaul), flight plan and deviation, weight, jet-fuel analysis… dan sebagainya.

Pandangan awal yang saya beri pada rakan yang bertanya pagi tadi: aircraft failures could originated from various problem or single issue, or combination of various problems such as from maintenance issues, plane structural integrity failures (structural stress and cyclic fatigue), engine failures, flight control issues, avionics problems, human factors etc.

Looking from the visual evidence alone (in the form of dashboard cam footage which has other limitations too) that available to all of us, I would incline to believe the issue at hand would be more on the “flight control” – more towards problem on the wings, possibly either on the aileron failure, or combination of both rudder and elevator.

Apapun, takziah daripada kami semua warga Negeri Terengganu kepada keluarga mangsa yang terlibat. Semoga roh mereka dicucuri dan dirahmati Allah SWT. Ameen. – HARAKAHDAILY 18/8/2023

- Advertisement -