
KOTA BHARU: Berdasar keputusan terkini sehingga jam 8.30 malam ini kemungkinan besar PAS dan PERIKATAN NASIONAL (PN) dapat mengekalkan kerajaan negeri semakin cerah.
Berdasarkan maklumat daripada lokasi PN masih mendahului undi di kawasan kubu kuat Umno di Jeli.
Malah berdasarkan maklumat daripada lokasi PN masih mendahului undi di kawasan kubu kuat Umno di Jeli.
Sehingga sekarang DUN Ayer Lanas, Bukit Bunga dan Kuala Balah di Jeli calon PN berada di hadapan.
Begitu juga kubu Umno di Tanah Merah iaitu DUN Gual Ipoh sehingga jam 8.15 malam keputusan tidak rasmi calon PAS mendapat 9,227 undi berbanding BN (3,855) di mana calon PN mendahului dengan majoriti 5,372 undi.
Bagaimanapun DUN Kota Lama di kawasan Unit Daerah Mengundi ramai penduduk bukan Melayu dikuasai PH.
Namun, sehingga sekarang kedudukan di DUN Kota Lama masih sengit.
Sementara itu suasana di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok, Gual Periok dan Apam Putra pengiraan undi masih lagi berlangsung.
Anggota polis kelihatan sedang mengawal keadaan di kawasan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi tersebut di Dewan Utama Kompleks Apam Putra, Bandar Baru, Pasir Mas.
Setakat ini bagi DUN Chetok calon PAS, Zuraidin Abdullah keputusan tidak rasmi memperolehi 7493 undi dan calon lawan Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuz (Pakatan Harapan – PH) mendapat 2384 undi. – HARAKAHDAILY 12/8/2023











