Ameerah ambil langkah keselamatan anjur ‘10k Langkah’

- Advertisement -

PARIT: Program 10k Langkah Ameerah @ Bota yang diadakan di Padang Sri Iskandar semalam turut mengambil langkah-langkah keselamatan ekoran cuaca panas sekarang.

- Advertisement -

Pengarah Ameerah Perak, Nur Farhana Omar berkata, program itu dimulakan di awal pagi dan tamat jam 10.30 pagi.

Selain itu turut disediakan water station, petugas keselamatan dan petugas medik.

“Alhamdulillah, seawal jam 6.40 pagi peserta mula datang dan berdaftar. Setelah bersenam robik dan sedikit taklimat ringkas, Adun Bota Dr Najihatussalehah Ahmad melepaskan kira-kira 100 peserta memulakan larian,” katanya di sini semalam.

Program tersebut dianjurkan Ameerah Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat Adun Bota. Selain itu turut mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Iskandar dan Majlis Daerah Perak Tengah.

Nur Farhana juga berkata, program itu julung kali diadakan bagi mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta dan memberi galakan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Melalui program terbabit kami mendapat banyak manfaat dari segi pengurusan acara. Malah dapat memupuk budaya kerja berpasukan,” ujarnya.

Sementara itu Dr Najihatussalehah berkata program itu cukup bermakna dan ia wajar diteruskan dari semasa ke semasa.

Katanya usaha untuk mewujudkan budaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat tidak dipandang enteng. – HARAKAHDAILY 15/5/2023

- Advertisement -