Boleh guna air pili bomba bagi kepentingan awam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Isu penggunaan sumber air dari pili bomba dalam keadaan tertentu dibolehkan selaras Akta Perkhidmatan Bomba 1998 dengan mengambil kira paras air di loji tidak mampu menampung bekalan air kepada pengguna.

- Advertisement -

Seksyen 23(1), Akta Perkhidmatan Bomba 1998 membenarkan pihak berkuasa air dan ejennya menggunakan mana-mana pili bomba dan aliran air sekiranya paras air dari loji atau tangki tangki Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi.

Menurut sumber persefahaman dicapai AKSB dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum ini khususnya dalam menghadapi situasi gawat, kecemasan dan kepentingan awam.

“AKSB selaku pemegang lesen perkhidmatan air membenarkan Bomba untuk mengambil air untuk memadamkan kebakaran dari mana-mana saluran air utama atau paip lainnya yang dipasang dengan pili bomba,” ujarnya di sini.

Baru-baru ini tular seorang ahli parlimen dikatakan menggunakan air dari sumber pili bomba bagi membekalkan air kepada penduduk yang terjejas di Rantau Panjang.

Ekoran itu Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilapor berkata, pihaknya akan menyiasat dakwaan terdapat ahli parlimen di Kelantan mengambil air dari pili bomba untuk disalur kepada penduduk mengalami masalah bekalan air. – HARAKAHDAILY 8/5/2023

- Advertisement -