Kehadiran luar biasa petanda baik menjelang PRN

- Advertisement -

ALOR SETAR: Kehadiran luar jangka Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar hari ini membuktikan serangan musuh politik tidak berjaya memberi kesan negatif terhadap kepimpinan kerajaan negeri sekarang.

- Advertisement -

Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, situasi tersebut boleh dianggap memberi petanda baik kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak berapa lama lagi.

“Kehadiran di luar jangkaan hingga menu makanan ditambah untuk 10,000 hingga 15,000 pengunjung lagi,” katanya pada sidang media sempena program berkenaan.

Pada jam 10 pagi perkarangan kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon sudah dibanjiri pengunjung walaupun majlis dijadualkan bermula jam 11 pagi.

Pelbagai juadah disediakan antaranya nasi putih gulai rias pisang, sate, ketupat, rendang, mee, koey teow, makanan goreng, ais kerim dan lain-lain.

Pada program itu Menteri Besar bersama isterinya Tok Puan Jusmalailani Jusoh dan anggota-anggota Exco menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Difahamkan menjelang jam 1 petang lebih 30,000 pengunjung datang. Program itu dijadualkan berakhir jam 4 petang.

Berdasar rakaman video orang ramai didapati bertali arus memasuki Seri Mentaloon, malah ramai yang berteduh di bawah pokok dan serambi rumah sambil menjamu selera. – HARAKAHDAILY 27/4/2023

- Advertisement -