PAS bawa pendekatan BPMS dekati pengundi

- Advertisement -

SANDAKAN: PAS membawa pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) untuk mendekati pengundi terutamanya pengundi muda dan Melayu Islam agar memilih PAS sebagai parti politik pilihan mereka.

- Advertisement -

Menurut Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Ahmad Naufal, politik matang yang menjadi pendekatan PAS hari ini adalah politik yang meraikan suasana dan kehendak rakyat.

“Rakyat tidak minat melihat kecamukan politik yang oportunis, penting diri sendiri dan puak sendiri,” katanya.

Tambahnya, melalui pendekatan itu PAS mampu duduk dengan sesiapa sahaja untuk berbincang demi kepentingan Islam dan rakyat.

“Kita yakin dengan pendekatan ini, kita berjaya mengurangkan ketegangan dan mudah mendekati pengundi,” jelasnya pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batu Sapi di Markas PAS kawasan itu semalam.

Ujarnya, PAS dan Perikatan Nasional adalah pilihan terbaik dan alternatif kepada pengundi yang tidak suka kepada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk membuat perubahan negara ke arah lebih baik. – HARAKAHDAILY 20/3/2023

- Advertisement -