Sekat royalti petroleum langgar hak negeri – pensyarah

Dr Zulkeflee Yaacob
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kenyataan menteri kerajaan PH-BN mahu menyekat royalti petroleum kepada Kelantan dan Terengganu dianggap sebagai tidak berperlembagaan dan melanggar hak negeri.

- Advertisement -

Pakar Psikososio dari sebuah universiti awam Dr Zulkefle Yaacob berkata, pelanggaran itu bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.

Katanya, ia dibimbangi boleh mencetus tidak puas hati rakyat Kelantan memandangkan negeri itu masih jauh di belakang dari segi infrastruktur terutama lebuh raya, empangan, standardisasi lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan.

“Ramai menganggap apa yang berlalu sekarang sebagai dendam politik,” katanya di sini.

Baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilapor berkata, Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak 5 peratus.

Ini kerana kata beliau Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga 3 batu nautika.

Dr Zulkefle juga berkata, Akta Petroleum menetapkan royalti petroleum 10 peratus diagih oleh Petronas masing-masing 5 peratus kepada kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Ia membabit semua negeri yang ada hasil petroleum. Perjanjian di bawah Akta Petroleum berlaku apabila Sabah dan Sarawak enggan memberi hasil petroleum hingga wujud ketegangan sehingga tertubuh Petronas sebagai badan yang memegang dana petroleum,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 1/3/2023

- Advertisement -