Tindakan populis tidak menyelesai isu kenaikan harga barang

- Advertisement -

JIKA pihak kerajaan berusaha memberi perhatian dalam usaha menyelesaikan isu harga mentah, tiada sebab untuk para peniaga tidak menurunkan harga jualan mereka.

Namun, kita melihat usaha untuk menurunkan harga bahan mentah yang menjadi punca kepada kenaikan harga barang tidak kelihatan dan kurang mendapat perhatian oleh pihak kerajaan. 

Masuk sahaja di premis peruncitan dan restoran serta gerai-gerai serta pengusaha-pengusaha kantin yang semakin tersepit di antara harga modal semakin meningkat dan harga jualan yang diminta dimurahkan. 

Memperkenalkan Harga Rahmah adalah bersifat penyelesaian populis tidak bersifat penyelesaian polisi dan dasar yang perlu lebih diberi perhatian.

Komitmen setiap peniaga dengan pelbagai dan komitmen perlu juga dilihat oleh pihak kerajaan kerana mereka berada dalam food supply chain yang saling sambung menyambung peranan mereka. 

Jika terputus rantaian ini sudah pasti ia akan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi  setempat dan pasti akan menjemput masalah-masalah pelbagai dalam struktur sosial ekonomi negara. 

Ending Price atau Harga Akhir yang akan sampai kepada pengguna adalah amat bergantung kepada harga mula yang ditetapkan. Jika pada harga mula telah meningkat, maka harga akhir juga akan meningkat. 

USTAZ HANAFI ZULKAPLI – HARAKAHDAILY 14/2/2023

- Advertisement -
- Advertisement -