Susun aktiviti masyarakat bersama anak muda

Sahar Abdul Majid
- Advertisement -

SANDAKAN: PAS cawangan dan dewan-dewan perlu menyusun aktiviti kemasyarakatan bersama anak muda, kata Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid.

- Advertisement -

Sehubungan itu, ujarnya, PAS kawasan memberi fokus kepada persiapan jentera dan menyusun semula gerak kerja menuju pilihan raya negeri akan datang.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap dalam Bengkel Pilihan Raya anjuran PAS Kawasan, baru-baru ini.

Menurutnya, PAS kawasan mempunyai pengalaman yang luas dalam menyertai beberapa siri pilihan raya sejak 2004.

“Kami yakin dengan adanya pengalaman ini mampu membentuk sebuah jentera yang kuat dan bersiap sedia menghadapi pilihan raya yang masa akan datang,” ujarnya.

Sahar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah menegaskan setiap ahli perlulah membuat persediaan yang cukup rapi dan tersusun.

“Kita perlulah berusaha untuk menambah keahlian dan cawangan di samping menggerakkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan juga memperkukuh cawangan-cawangan yang sedia ada.

“Selepas dari bengkel ini pastikan kita terus menggerakkan cawangan dan dewan-dewan dalam menyusun pelbagai aktiviti kemasyarakatan terutamanya program-program bersama anak muda,” tegasnya lagi. – HARAKAHDAILY 17/1/2023

- Advertisement -