‘Saya berharap tiada aktiviti pembalakan diluluskan di sini’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Masya Allah! Indah sungguh kehijauan hutan bila kami sampai ke atas Bukit Panau ni,” ujar Ahli Parlimen Jerantut, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin.

- Advertisement -

Menurutnya, hutan adalah khazanah berharga yang perlu dipulihara untuk diwariskan kepada anak cucu.

Justeru, katanya bertuah bumi Jerantut kerana mempunyai banyak kawasan hutan.

“Kawasan hutan di Kampung Bharu ini perlu kita pulihara dan saya berharap tiada aktiviti pembalakan diluluskan di sini,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya adalah lebih molek jika kerajaan negeri gazetkan kawasan itu sebagai kawasan hutan simpan.

Ini, ujar beliau kerana terdapat sumber air yang masih digunakan oleh penduduk setempat.

“Insya-Allah saya akan terus memperjuangkan pemeliharaan dan juga pemuliharaan kawasan hutan di Jerantut selaras dengan manifesto saya yang mengutamakan kelestarian dan pemulihan alam sekitar,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Tambahnya, untuk mencapai visi itu beliau memerlukan sokongan semua warga Jerantut demi khazanah anak cucu. – HARAKAHDAILY 4/12/2023

- Advertisement -