
KANGAR: Rakyat Perlis hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka supaya wabak Covid-19 tidak menular terutama di Perlis dan negara ini.
Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata, pengusaha kedai makanan dan minuman diwajibkan memakai pelitup muka ketika menjalankan urusniaga.
Manakala katanya orang awam pula digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau sesak.
“Rakyat Perlis juga digalakkan supaya sentiasa mencuci tangan atau mengamalkan penggunaan hand sanitizer ketika atau selepas berurusan di tempat awam,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.
Sebanyak 38,540 kematian dicatatkan seluruh Malaysia sejak pandemik Covid-19 melanda sejak 2019. Terbaru satu kes kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan berlaku.
Kebimbangan wabak itu menular semula di negara ini berikutan terdapat pelancong dari China yang membawa varian baharu dan dikesan berada di Malaysia.
Mohd Shukri juga berkata, rakyat Perlis disaran sentiasa mengikuti perkembangan penularan wabak Covid-18 bagi mengelakkan ia menular semula. – HARAKAHDAILY 4/1/2023











