Honda berundur bimbing Kemboja selepas Sukan SEA

Keisuke Honda ketika melatih skuad Kemboja di Phnom Penh
- Advertisement -

Bekas pemain antarabangsa Jepun, Keisuke Honda, akan meletakkan jawatan sebagai pengurus besar pasukan kebangsaan Kemboja selepas Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) pada Mei tahun ini.

- Advertisement -

Honda yang mewakili Jepun pada Piala Dunia 2010, 2014 dan 2018 juga menganggotai pasukan Jepun yang memenangi Piala Asia 2011, bekerjasama dengan Kemboja sejak Ogos 2018.

Kemboja tewas 3-1 kepada Thailand, sekali gus tersingkir dari Piala AFF Mitsubishi Electric 2022.

Honda akan bekerjasama dengan skuad Bawah 22 tahun negara itu untuk membuat persiapan menghadapi Sukan SEA di Kemboja antara 5-17 Mei. – REUTERS

- Advertisement -