
Badan induk bola sepak Eropah, UEFA semakin hilang sabar dengan kelewatan jaminan berhubung bidaan bersama United Kingdom dan Ireland untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Eropah 2028.
Akhbar Britain,Times melaporkan bahawa isu mengenai penangguhan jaminan berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam, lapangan terbang, pengecualian cukai dan Stadium Tottenham Hotspur, memaksa UEFA untuk memberi amaran kepada penganjur bidaan itu.
England, Ireland Utara, Scotland, Wales dan Ireland, pada Mac lalu, mengemukakan hasrat bersama untuk menganjurkan Kejohanan Eropah pada 2028.
Turki adalah calon lain untuk menganjurkan kejohanan itu dengan keputusan akan dibuat pada September tahun depan.
UEFA menyatakan bahawa perkara berhubung bidaan UK/Ireland sedang ditangani dengan penganjur bidaan dan enggan mengulas lanjut.
Jerman akan menjadi tuan rumah Kejohanan Eropah 2024. – REUTERS











