Pendidikan Islam di Sabah terus berkembang

Siti Ashah menyampaikan sumbangan kepada Timbalan Mudir Pondok Muhammad Al-Fateh, Ustaz Mustaqim Aling.
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

- Advertisement -

KOTA BELUD: Pendidikan Islam khususnya di Sabah diharap akan terus berkembang maju demi kebaikan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmi Kemiskinan Negeri Kedah, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali berkata, ilmu agama yang diperolehi wajar disampaikan ke masyarakat agar ia terus berkembang.

“Saya hendak para pelajar di sini, tamat belajar di pondok ini pergi sambung pengajian di Kedah, kemudian balik semula memberi khidmat menyampaikan Islam di Sabah,” kata beliau pada majlis ringkas sempena lawatannya ke Pondok Muhammad Al-Fateh, Rosok di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Ashah juga memaklumkan pihaknya akan menyumbang penghawa dingin dan pembesar suara untuk kegunaan pusat pengajian terbabit.

“Saya mengharapkan para dermawan di luar sana dapat menghulurkan sumbangan membantu pusat pengajian pondok ini agar terus berkembang maju,” ujarnya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pusat pengajian itu.

Pondok pengajian Muhammad Al-Fateh yang mula beroperasi pada 2014 sehingga kini mempunyai pelajar seramai 30 orang (lelaki).

Pada peringkat awalnya, ia beroperasi dengan 50 pelajar namun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jumlah tersebut berkurangan. – HARAKAHDAILY 22/10/2022

Laporan penuh dalam akhbar HARAKAH.

- Advertisement -