Parlimen bubar, sidang Dewan Rakyat dibatalkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Persidangan Majlis Dewan Rakyat, Kamar Khas, mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah dijadualkan sebelum ini adalah dibatalkan selaras dengan pembubaran Parlimen Ke-14.

- Advertisement -

Perkara itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan, petang ini.

“Saya telah menerima Proklamasi Perisytiharan Pembubaran Parlimen Ke-14 berkuat kuasa pada hari ini (Isnin, 10 Oktober 2022) yang ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Baginda di bawah Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

Justeru, katanya urusan selanjutnya akan terletak kepada bidang kuasa pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk melaksanakan proses pilihan raya umum. – HARAKAHDAILY 10/10/2022

- Advertisement -