Muslimat PAS Sabah teruskan agenda penyatuan ummah

- Advertisement -

Oleh LAILA ISMAIL

SANDAKAN:
PAS Sabah akan meneruskan usaha penyatuan dan kesatuan ummah demi kepentingan rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

- Advertisement -

Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Norsah Bongsu berkata, walaupun dalam tempoh kritikal sekarang di mana negara berhadapan perubahan monsun, namun persiapan menghadapi PRU tetap dilakukan.

“Dalam keadaan sekarang memang tidak sesuai diadakan PRU kerana musim tengkujuh yang boleh mengundangkan musibah kepada rakyat, namun persiapan tetap dilakukan,” katanya di sini semalam.

Menurutnya semua peringkat jentera PAS Sabah bermula dari cawangan sehingga kawasan sudah bersedia menghadapi PRU15.

Malah kata beliau Dewan Muslimat Sabah juga menyenaraikan calon untuk bertanding pada PRU tersebut nanti.

Beliau juga berkata semalam Dewan Muslimat PAS Sabah mengadakan pertemuan bersama pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat diwakili Ketua Lajnah Pemerkasaan Parti Noraini Hussin.

“Bengkel teknikal persediaan pilihan raya tersebut dihadiri wakil setiap Dewan Muslimat PAS kawasan di Sabah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/10/2022

- Advertisement -