As Syahid Sayyid Qutb R.H: Telunjuk yang bersyahadah

- Advertisement -

SAYYID Qutb adalah seorang yang bermaruah, kesan didikan ibu bapanya di masa kecil. 

Sebelum dilaksanakan hukuman gantung ke atas beliau, Jamal Abdul Nasser menghantar utusannya untuk menemui Sayyid Qutb agar sudi menulis kenyataan meminta pengampunan daripada Jamal Abdul Nasser supaya Sayyid Qutb dibebaskan daripada hukuman mati. 

Namun Sayyid Qutb menolak tegas, dengan katanya: 

“Telunjuk yang bersyahadah setiap kali solat bahawa ‘Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah’, tidak mungkin akan menulis satu perkataan yang hina. 

“Jika sekiranya aku dipenjara kerana benar, aku redha. Tetapi jika aku dipenjarakan dengan batil, aku tidak akan menuntut belas kasihan daripada kebatilan.” 

Demikian juga gambaran kemuliaan Sayyid Qutb apabila beliau menulis wasiat kepada adiknya Aminah Qutb. Katanya: 

“Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas.

“Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada diri kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia, dan berakhir dengan luputnya manusia dari bumi ini.” 

Pada pagi Isnin 29 Ogos 1966, As Syahid Sayyid Qutb R.H telah digantung sampai mati bersama-sama dua orang Sahabatnya, Abdul Fatah Ismail dan Muhammad Yusuf Hawash. 

Semoga Allah menerima perjuangan As Syahid Sayyid Qutb R.H dan yang bersama dengan beliau.

SYAHRU RAMADHAN – HARAKAHDAILY 29/8/2022

- Advertisement -
- Advertisement -