
HARI ini saya melawat Hartasuma Sdn Bhd di Pulau Indah untuk menyaksikan keupayaan tempatan dalam pembuatan rolling stock atau pengangkutan rel. Hartasuma mempelopori evolusi industri rel negara dengan membekalkan koc penumpang dan Transit Aliran Ringan (LRT) pemasangan tempatan yang pertama kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Prasarana Malaysia. Sehingga kini, syarikat ini telah menghasilkan lebih daripada 400 tren untuk industri rel negara.
Dalam lawatan ini, saya turut dimaklumkan bahawa pada masa ini, Hartasuma sedang menjalankan projek pembekalan 27 tren baharu, Kuala Lumpur Additional Vehicle (KLAV 27) bagi laluan Kelana Jaya secara konsortium bersama Alstom S.A, sebuah pengeluar tren global.
27 tren baharu ini akan dibekalkan secara berperingkat ke Laluan Kelana Jaya menjelang Disember 2024, dan ianya amat tepat pada masanya untuk menggantikan tren lama yang digunakan sekarang. Tren 2 gerabak sedia ada akan digantikan dengan 4 gerabak, namun dalam masa sama, beberapa tren sedia ada masih akan digunakan untuk mengurangkan kesesakan apabila ia berlaku.
Hartasuma juga bertanggungjawab menjalankan pemasangan ‘bogie’ atau dek roda sepenuhnya di Malaysia untuk 19 set tren yang terakhir. Pemasangan bogie adalah komponen penting dalam pemindahan teknologi dan menggalakkan pembangunan pengetahuan serta meningkatkan kepakaran dan keupayaan tempatan.
Saya berharap syarikat tempatan seperti Hartasuma dapat terus melakar kejayaan dan dalam masa sama dapat membuktikan keupayaan kepakaran tempatan kepada masyarakat dunia. Dengan wujudnya lebih banyak kemudahan pembuatan dan pentauliahan tempatan, maka sudah tentu ia akan mengurangkan kebergantungan kita kepada pembekal antarabangsa.
Turut bersama saya dalam lawatan ini, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Dato’ Razali bin Mohamad; Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Datuk Azlan Shah Al Bakri serta para pegawai kanan Prasarana, KTMB dan MRT Corp.
Today I visited Hartasuma Sdn Bhd in Pulau Indah to witness their rolling stock manufacturing site. Hartasuma is a pioneer in the evolution of the local rolling stock industry by supplying the first locally assembled passenger coaches and Light Rail Transit (LRT) in Malaysia to Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) and Prasarana Malaysia respectively. To date, the company has delivered more than 400 cars.
In the briefing to me, Hartasuma is undertaking the Kuala Lumpur Additional Vehicles (KLAV 27) project to deliver 27 new trains for the Kelana Jaya Line to Prasarana Malaysia in consortium with Alstom S.A, a global rolling stock manufacturer.
These 27 new trains will be delivered in phases to the Kelana Jaya Line by December 2024, which is timely to replace the aging trains in use now. These four-car sets will be replacing the current two-car sets in stages, although a few will still be in use in order to alleviate congestion when they happen.
Hartasuma is in the midst of bogie assembly for the new Kuala Lumpur Additional Vehicle (KLAV) 27 trains. The assembly of the bogie is a crucial part of technology transfer and promotes strategic knowledge development to enhance local expertise and capabilities.
I hope more local companies can continue to showcase our local capabilities to the international market. The purpose of building more manufacturing and commissioning facilities will reduce our dependence on international suppliers.
Together on this visit were Deputy Secretary-General (Management) Dato’ Razali bin Mohamad, APAD Director General Datuk Azlan Shah Al Bakri and senior management executives from Prasarana Malaysia Berhad, KTMB, and MRT Corp.
DATUK SERI IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri Pengangkutan Malaysia – HARAKAHDAILY 20/7/2022















