Almarhum Tun Arshad membangun legasi besar pendidikan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan tidak terungkap rasa selepas dimaklumkan berita pemergian tokoh legenda pendidikan negara, Almarhum Tun Dr Arshad Ayub, hari ini.

“Saya amat hiba. Tambahan lagi, saya merupakan sebahagian daripada keluarga besar UiTM suatu ketika dahulu,” ujar Menteri Alam Sekitar dan Air itu dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

- Advertisement -

Menurutnya, Almarhum telah membangun legasi cukup besar dalam dunia pendidikan negara. Tambahnya, Almarhum adalah arkitek ulung yang merencana transformasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sehubungan itu, beliau mewakili seluruh warga kementerian, merakamkan takziah kepada semua ahli keluarga, warga UiTM dan seluruh kenalan Almarhum.

“Marilah kita mendoakan agar Almarhum diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan Allah dalam kalangan orang-orang beriman,” katanya.

Tokoh pendidikan negara itu meninggal dunia di sebuah hospital pada jam 2.06 pagi hari ini. – HARAKAHDAILY 14/6/2022

- Advertisement -