Jangan lupa minta dengan Allah – Cikgu Lan

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

MERSING:
Dengan berbaki hari ini sahaja untuk berkempen, para petugas Perikatan Nasional jangan lupa meminta kepada Allah untuk memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung esok.

Calon Perikatan Nasional di DUN Tenggaroh, Roslan Nikmat berkata, di samping itu gerak kerja kempen diteruskan seperti biasa.

“Kita haraplah kerja-kerja juga tapi perkara utama jangan ditinggalkan. paling mustahak waktu genting ini, berbaki satu hari lagi jangan lupa minta dengan Allah.

- Advertisement -

“Pada saya dua perkara, jentera mesti diteruskan, walaupun tinggal sehari sahaja lagi, walaupun petunjuk menunjukkan peluang kita untuk menang itu ada tapi itu bukan bermakna kita cukup dengan usaha yang kita sudah buat setakat ini.

“Jadi kita kena teruskan sampai hari mengundi dan minta tolong pada rakan-rakan kita sama ada dari kawasan Mersing, luar kawasan ini di samping kita bekerja di sebelah siang, sebelah malam kita kena minta dengan Allah mesti munajat, solat duha jangan tinggal,” ujarnya dalam nada sebak Ketika ditemui di Bilik Gerakan Dun Tenggaroh, di sini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor itu menambah, jika Allah mengizinkan kemenangan di DUN Tenggaroh, ia adalah kemenangan secara keseluruhan, bukannya peribadi.

“Kalau (Allah isin) menang sebenarnya kita bukan menang secara peribadi tidak, menang kita keseluruhanlah. Imej kita, jadi apabila kita sudah sebahagian daripada kerajaan, atau kerajaan terus banyak benda-benda yang kita boleh buat kerana parti kita ada tiga.

Yang pertama kita sebagai parti dakwah. Kalau kita bukan kerajaan, kerja menyampaikan dakwah itu memang banyak halangan, rumit.

“Tapi bila sebahagian daripada kerajaan atau kerajaan, insya-Allah kita dengan empowerment yang ada, insya-Allah kita boleh buat kerja dengan lebih lancar lagi.

“Yang kedua pentarbiahan. Kalau sekarang ini mana-mana orang yang kita kenal pasti dan ikuti program kita upgrade lagi supaya mereka pada satu peringkat jadi petugas, pekerja, amilin sebab itu pentarbiahan sangat penting.

“Yang ketiga biar orang kita faham kita sebagai parti siasah kita sudah dakwah, tarbiah, sekarang masa untuk kita berjuang dalam bentuk politik memperjuangkan parti kita dalam pilihan raya,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Cikgu Lan. – HARAKAHDAILY 11/3/2022

- Advertisement -