
KOTA BHARU: Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan (PKS) mengadakan kerjasama strategik dengan Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan (MPPOK).
Pengarah PKS, Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, kerjasama strategik itu bagi memantapkan kepimpinan ahli-ahli persatuan-persatuan OKU yang bernaung di bawah MPPOK.
- Advertisement -
“PKS bersama Penasihat MPPOK Mohammad Faizal Che Yusoff bersetuju mengadakan kursus induksi bagi memberi kefahaman berhubung dengan dasar pentadbiran Membangun Bersama Islam dan strategi Merakyat Membangun Bersama Islam,” katanya di sini.
Menurutnya juga PKS dan MPPOK sedia bekerjasama bagi merancakkan aktiviti ekonomi hiliran menerusi pakej pelancongan domestik. – HARAKAHDAILY 18/11/2020











