Muslimat Tawau sambut Hari Wanita, Ambang Ramadan

- Advertisement -

TAWAU: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau berjaya mengadakan Sambutan Hari Wanita Sedunia serentak dengan Munajat di Ambang Ramadan di sini, kelmarin.

- Advertisement -

Ketuanya, Mandina Ladale, berkata program tersebut tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para kaum wanita sekitar Balung.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan Hari Wanita Sedunia kepada semua wanita serta selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam.

“Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Khairun Nisa’ Taman Sri Balung, Jom Sihat KKM, Politeknik Cawangan Tawau serta orang ramai yang bersama-sama menjayakan program ini.

“Tidak lupa kepada Pengerusi Masjid Babussalam yang membenarkan kami mengimarahkan masjid sempena Hari Wanita serta di ambang Ramadan,” katanya semasa dihubungi pemberita.

Sempena sambutan itu, ujarnya Muslimat PAS Tawau telah menyerahkan kek kepada wakil-wakil agensi kerajaan di samping memberi bunga serta takwim berbuka puasa 2024 kepada masyarakat khususnya kaum hawa sekitar Balung. – HARAKAHDAILY 10/3/2024

- Advertisement -