Adun pantau kerja pembersihan

- Advertisement -

PADANG BESAR: Usaha menyelaraskan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan untuk meningkatkan kebersihan di kawasan simpang lampu isyarat Balai Baru, bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Beseri, sedang giat dijalankan.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Ustaz Muhammad Azmir Azizan berkata, ia adalah kesinambungan daripada lawatan kerja pada 1 Februari lepas di lokasi sama. (Foto bawah)

“Alhamdulillah selepas seminggu saya datang semula melihat kerja-kerja pembersihan di kawasan ini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis (JKR) yang mengambil tanggungjawab terhadap pemasalahan ini serta agensi-agensi lain yang terlibat,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pihak untuk berganding bahu dalam usaha menjadikan Perlis bersih dan lestari sejajar dengan hasrat Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli.

“Bersamalah kita menyahut hasrat Menteri Besar yang ingin menjadikan Perlis, negeri bersih, insya-Allah,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 8/2/2024

- Advertisement -