Azam tambah Adun dari zon Pahang Barat

- Advertisement -

BENTONG: PAS Pahang berazam untuk menambah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada zon Pahang Barat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

- Advertisement -

“Alhmdulillah, kita dah ada seorang wakil rakyat tunggal mewakili Pahang Barat, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dari DUN Cheka. Insya-Allah kita berazam nak tambah seorang dua lagi wakil dari belah sini ke DUN Pahang,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Roslan Zainal.

Katanya, kemenangan amat penting sebagai salah satu cara menyekat kegelojohan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP yang begitu obses merealisasikan misi persempadanan semula jika mereka menang PRU16.

“Jika PH menang, ia bakal menatijahkan sebuah kecelakaan besar khususnya kepada kawasan-kawasan majoriti pengundinya terdiri daripada orang Melayu,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Lipis itu di Pusat Tarbiah PAS Kawasan Cameron Highlands, kelmarin.

Beliau menyatakan demikian pada lawatan kerja penilaian ke empat buah kawasan Pahang Barat.

Roslan menerajui Jawatankuasa Koordinasi PAS Kawasan Zon Barat atau lebih dikenali ‘Parliamentary Committee 4 (PC4) telah selesai menyempurnakan misi lawatan itu.

Menurutnya, misi itu penting bertujuan membuat penilaian dan mengumpul maklumat awal bagi mempersiap jentera menghadapi PRU16.

Lebih 50 orang peserta terdiri daripada ahli jawatankuasa PAS cawangan dan kawasan Cameron Highlands, Dewan Pemuda dan Muslimat hadir mendengar sesi taujihat disampaikan beliau selaku Pengarah PC4.

Selain itu, turut mengisi slot utama adalah sesi pembentangan daripada Setiausaha Jabatan Pilihan Raya negeri (JPrN), Muttacohiri Ludin di Surau Darul Hidayah, Felda Sungai Koyan. – HARAKAHDAILY 3/1/2023

- Advertisement -