Industri teksi perlu berubah lebih cekap

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kepesatan ekonomi gig dan e-Hailing yang memberi kesan terhadap pengusaha teksi memerlukan kerajaan membantu industri itu supaya bukan sahaja mampu bertahan, malah kembali rancak.

Ir Ts Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) berkata, dua sektor ekonomi baharu itu semakin mendapat perhatian dan popular bukan sahaja di negara ini, malah global.

- Advertisement -

Namun, katanya pengusaha teksi tempatan tidak begitu terbabit dalam fenomena baharu yang berkonsep perkongsian ekonomi.

“Apakah usaha pembaharuan yang dilakukan oleh kementerian kepada pengusaha atau industri teksi seluruh negara.

“Ini kerana kita tahu dengan kerancakan ekonomi gig dan e-Hailing, ia secara tidak langsung menganggu pendapatan rakan-rakan kita, penguhsaha teksi, khususnya di kawasan saya Jerantut, Taman Negara,” katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika menjawab soalan tambahan itu pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini, berkata, kerajaan menggalakkan dan menyokong pengusaha teksi untuk turut terlibat.

Katanya, kerajaan mempunyai kaedah iaitu`street hailing dan e-Hailing bagi merealisasikan hasrat tersebut dan pengusaha pengangkutan tradisional perlu beralih kepada sistem lebih cekap.

“Ini membolehkan berlaku peralihan kepada e-Hailing, kita mungkin tahu ada kekangan, ada pemandu yang mungkin sudah berumur, mereka tidak biasa dengan penggunaan telefon pintar dan sebagainya.

“Perkara-perkara itu saya rasa boleh bantu dengan menyediakan kursus supaya dapat beralih kepada sistem e-Hailing. – HARAKAHDAILY 14/11/2023

- Advertisement -