PAS Terengganu tangguh program kempen Khamis lalu

- Advertisement -

Sekurang-kurangnya lapan program Mega PAS Terengganu telah ditangguhkan.

- Advertisement -

Antaranya ialah program Ceramah Kelompok di Dun Langkap, Dun Batu Rakit, Dun Bukit Besi, Dun Manir dan lain-lain.

Ianya bertujuan bagi menzahirkan rasa hiba dan takziah atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong AlSagoff Abdillah yang merupakan Bonda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin 4 Ogos 2023 yang lalu.

Meskipun waktu kempen yang berbaki semakin kritikal namun bilik operasi Pilihanraya PAS Negeri Terengganu memutuskan agar seluruh jentera di seluruh negeri untuk menghormati peristiwa yang memilukan hati seluruh rakyat di negeri Terengganu itu.

Maka diputuskan bahawa pada hari Khamis yang lalu kesemua program serta aktiviti kempen parti ditangguhkan.

Jika kalian perasan, sehari dua ini para pemimpin masyarakat di Terengganu mereka berkabung di atas peristiwa ini meskipun mereka berada di luar negeri Terengganu termasuk Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Marilah kita mendoakan agar roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah,
Jabatan Penerangan PAS Pusat
5 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 5/8/2023

- Advertisement -