Liberalisme dan LGBT

- Advertisement -

MENJIJIKKAN

Kita dikejutkan dengan artis Pro LGBT yang terang-terangan melakukan perbuatan yang tidak senonoh di pentas konsert. Seolah-olah sengaja mencabar kedaulatan Islam dan norma manusiawi di bumi ini.

Baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan pasangan sesama perempuan yang berkahwin di negara kita. Salah seorang pasangan berkahwin itu adalah bekas ADUN DAP. 

Gambaran-gambaran ini menggambarkan betapa jijiknya budaya hidup songsang yang dipromosikan oleh penganut penganut liberalisme.

Asalnya perjuangan menegakkan kebebasan manusia, akhirnya terheret kepada budaya luar tabi’i akibat tidak berpandukan wahyu. 

RAND Corp

Budaya luar tabi’i ini menjadi salah satu normalisasi liberalisme. Fahaman ini menjadi tunjang utama golongan Moderate Muslim sepertimana yang dilakarkan oleh RAND Corp.

Badan ini menerbitkan satu dokumen yang bertajuk Building Moderate Muslim, pada 2007. Dokumen tersebut menerangkan bahawa orang Islam sederhana (moderate) acuan Amerika hendaklah berfahaman liberalisme, sekularisme.

Seolah-olah mereka yang liberal itu sederhana, manakala mereka yang menolak liberal itu tidak sederhana atau ekstrem. 

Liberalisme meninggikan kebebasan dan menghormati kebebasan orang lain, sekalipun tingkah laku luar tabi’i.

LGBT dan penyakit

Rakyat Malaysia yang normal perlu menyedari agenda luar tabi’i ini. Bukan hanya dari sudut politik semata-mata, tetapi kesannya terhadap generasi masa hadapan.

LGBT bukan hanya tidak diterima dari sudut konteks ajaran agama Islam malah ia merupakan sesuatu yang bercanggah dengan naluri kemanusiaan yang semulajadi.

Contohnya di Amerika Syarikat, lelaki gay mendapat HIV pada kadar yang lebih tinggi daripada mana-mana kumpulan lain. [1]

Ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuklah faktor biologi, sosial dan ekonomi, seperti stigma, perkauman, homofobia dan kadar kemiskinan yang tinggi.

Sebanyak 90 peratus jangkitan HIV adalah berpunca daripada golongan lelaki, dan 57 peratus disebabkan homoseksual (sesama lelaki). [2].

Liberal International

Di dalam web Liberal International [3], menyatakan dengan jelas seruan mereka;

Liberal International calls upon governments and member parties:

1) To recognize that the right to choose a same sex partner is a fundamental human right ;

2) To agree that liberals have the responsibility to be the frontrunners on human rights advocacy, including gay rights;

3) To take responsibility for the broadening of acceptance of same sex couples and to advocate equal rights;

Ketiga-tiga seruan ini menyeru supaya kerajaan atau jaringannya untuk mengiktiraf pasangan sesama jantina.

Termasuk juga hak memilih pasangan sebagai salah satu hak asasi yang mesti diperjuangkan oleh mereka.

Kesimpulan

Budaya songsang yang dilihat oleh liberalisme sebagai salah satu kebebasan, hakikatnya merosakkan institusi masyarakat.

Kebebasan yang dilakarkan dengan hiburan tanpa batasan, seks bebas, dan sebagainya hakikatnya bukanlah satu kebebasan.

Bahkan ia cuma seruan untuk manusia itu menjadi liar, hidup tanpa pedoman, dan menjadikan akal tidak dapat berfikir dengan baik.

MUHAMMAD MUJAHID IR MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 24/7/2023

Rujukan:

[1] https://www.verywellhealth.com/why-do-gay-men-have-an-increased-risk-of-hiv-3132782 

[2] https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2022/03/824011/57-peratus-jangkitan-hiv-akibat-homoseksual 

[3] https://liberal-international.org/what-we-do/resolutions-and-policy/congress-resolutions/manila-2011-resolutions/lgbt-rights-are-human-rights-and-should-be-advocated-and-defended-by-all-liberals-manila-2011/ 

- Advertisement -
- Advertisement -