Kerajaan negeri ambil kira pandangan rakyat

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Setiap pandangan rakyat akan diambil kira dalam merangka cadangan pembangunan sesuatu kawasan, kata Menteri Besar Mohd Shukri Ramli.

- Advertisement -

Beliau berkata, kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan dan idea rakyat dalam merangka perancangan pembangunan negeri.

“Sebagai contoh bagi membangunkan sesebuah kawasan dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK), kerajaan negeri akan mengadakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam bersama rakyat.

“Bahagian Pentadbiran Daerah juga menerima permohonan, aduan dan cadangan daripada pelbagai pihak,” katanya menjawab soalan Asrul Aimran Abd Jalil (PN-Kayang) pada Sidang DUN hari ini.

Menurutnya pandangan itu daripada individu, wakil komuniti, persatuan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan wakil rakyat.

Katanya juga kerajaan negeri sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama jabatan dan agensi bagi memastikan masalah yang dibangkitkan rakyat diambil kira.

Kata beliau juga platform Aduan Integriti dan Aduan Awam disediakan bagi membolehkan rakyat mengemukakan aduan melalui email di [email protected] dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

“Kaedah tersebut membolehkan kerajaan negeri menerima kritikan yang membina daripada rakyat dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/3/2023

- Advertisement -