SANDAKAN: Hubungan erat antara PAS dan media tempatan terus terjalin dan semakin meluas.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid berkata, dengan adanya hubungan yang erat membolehkan maklumat berkaitan parti dapat disebarkan kepada orang ramai.
Kata beliau, pihaknya menzahirkan penghargaan atas kerjasama yang ditunjukkan sehingga PAS tidak lagi menjadi satu parti yang ditakuti oleh semua lapisan masyarakat.
“Saya bersama kepimpinan PAS mengharapkan agar hubungan yang erat ini sentiasa terjalin pada masa-masa akan datang,” tambahnya.
PAS negeri telah melakukan kunjungan hormat ke atas pengamal media tempatan sempena Sambutan Tahun Baharu Cina di pejabat mereka semalam.
Antara pejabat media yang dikunjungi ialah Sin Chew Daily, Asia Times, Merdeka Daily dan See Hua Daily.
Turut bersama dalam kunjungan ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Norsah Bongsu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS negeri, Mustaman Mustain serta jawatankuasa PAS Sandakan. – HARAKAHDAILY 17/1/2023